Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail merupakan salah satu asrama yang terdapat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Asrama ini telah mula dibina pada tahun 2005 dan siap sepenuhnya pada tahun 2006. Pelajar sesi 2006/2007 merupakan pelajar pertama yang mendiami kolej ini.
KKTDI mempunyai empat buah blok yang disediakan untuk menampung seramai lebih kurang 1028 orang mahasiswi. Keempat-empat blok ini ialah Blok A, Blok B, Blok C dan Blok D di mana terdapat dua blok sokongan di antara Blok A dan Blok B dan di antara Blok C dan Blok D. Jumlah bilik yang terdapat di kolej ini ialah 270.
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di kolej ini untuk para mahasiswi. Antaranya ialah Makmal Komputer yang dibuka 24 jam tanpa dikenakan sebarang caj, Wi-fi, padang futsal, gimnasium, bilik bacaan, kedai dobi,cafe dan Kedai Koperasi UTHM.
No comments:
Post a Comment